Muzikal Lawak Superstar (rancangan televisyen)

Muzikal Lawak Superstar merupakan program realiti muzikal komedi Malaysia yang bersiaran di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107) dahulunya Astro Warna (saluran 132) (SD) dan Warna HD (saluran 124) dari 28 Jun hingga 30 Ogos 2019. Mengandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak, bersama artis-artis dari pelbagai cabang industri hiburan seperti pelakon, penyanyi dan personaliti popular, Muzikal Lawak Superstar bersiaran selama 10 minggu dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Nabila Huda. Manakala komposer dan pemain gitar, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih dikenali dengan Shah (Slam) berkhidmat sebagai Pengarah Muzik.Muzikal Lawak Superstar 2 merupakan program realiti muzikal komedi Malaysia yang bersiaran di Astro Warna (saluran 127) (SD) dan Warna HD (saluran 107) (HD) dari 18 Disember 2020 hingga 9 April 2021. Mengandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak, bersama artis-artis dari pelbagai cabang industri hiburan seperti pelakon, penyanyi dan personaliti popular, Muzikal Lawak Superstar 2 bersiaran selama 12 minggu dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein. Manakala komposer dan pemain gitar, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih dikenali dengan Shah (Slam) berkhidmat sebagai Pengarah Muzik.[1]

Muzikal Lawak Superstar (rancangan televisyen)

Juri Dato Awie (S1-S2)
Nora Danish (S1)
Altimet (S1)
Zul Ariffin (S2)
Fazura (S2)
Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Format gambar 480p (SD)
1080i (HD)
Format audio Stereo
Syarikat penerbitan Astro
Tempoh siaran 2 jam
Siaran asal 28 Jun 2019 - 30 Ogos 2019 (S1)
18 Dis 2020 - 09 April 2021 (S2)
Format Rancangan televisyen realiti
Bilangan episod 10 (S1)
12 (S2)
Dibintangi oleh
Saluran asal Astro Warna & Warna HD